Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pandan ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Mintal binti Masri Guru Besar dan warga Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan sekolah bagi menjalankan Majlis Berkhatan Perdana Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Pandan 2010.
Ianya adalah program komuniti yang mana adalah fardu kifayah bagi kami sebagai pemimpin muda di dalam kawasan Pandan. Untuk makluman kumpulan sasaran yang kami sasarkan adalah murid-murid lelaki yang berusia 7-12 tahun dimana sasaran kami hendak membantu adalah seperti anak-anak yatim, miskin dan anak kepada ibu tunggal serta warga anak-anak didalam kawasan Pandan untuk berkhatan secara percuma.
Pemuda dan Puteri Pandan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tanpa sokongan dari semua pihak majlis ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Program tradisi Melayu ini cuba kami hidupkan suasananya kembali dengan harapan tradisi ini tidak akan dilupakan oleh generasi baru.
Pemuda dan Puteri Pandan juga berharap agar majlis sebegini dapat kami adakan sebagai acara tahunan dikawasan Pandan demi menunaikan tanggungjawab kami sebagai pemimpin dalam memberi perkhidmatan seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.





No comments:
Post a Comment