31 July 2010

31 JULAI 2010 - FUTSAL BN PANDAN

Perghhh... meriah memang meriah..... FUTSAL PEMUDA BN dapat sambutan yang cukup hebat dari peserta dan penduduk setempat. Bertempat di Total Futsal Pandan Perdana yang ada 2 jer gelanggang futsal Pemuda Pandan menganjurkan pertandingan futsal dengan jayanya. Di sertai oleh 64 pasukan program berjalan dari pukul 8 pagi (urusetia pukul 6 pagi dah ada kat situ ) sampai pukul 12 tengah malam. Dengan di sertai oleh pelbagai pihak program ini berjaya menarik minat penduduk setempat untuk turut serta dalam program ini. Ada pemeriksaan gigi percuma (paling laku), pemeriksaan kesihatan (pun lagi laku), Celcom, AADK, PDRM, Giatmara dan disediakan gerai - gerai makanan untuk memudahkan perserta mengisi perut. Dirasmikan oleh Datuk Fuad Hassan ( Pengarah JASA ) kehadiran warga belia dan penduduk setempat mengagumkan beliau apatah lagi konsep 1Malaysia direalisasikan disini. Tahniah PEMUDA BN PANDAN lain kali kita buat lagi. ( sukan lain kot )





























No comments:

Post a Comment