Pada 26 Jun 2010 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Bahagian Pandan. Kesukaran untuk mencari tempat untuk mesyuarat telah membawa kami ke Kompleks Sukan Kg. Pandan sebagai venue mesyuarat. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato Seri Mohd Khir bin Toyo. Wakil Perhubungan Negeri yang menjadi wakil mesyuarat adalah dari Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Langat. Mesyuarat berjalan dengan lancar, dan pada hari mesyuarat Ketua Pemuda UMNO Pandan telah dilantik sebagai Penyelaras Belia Pandan. Surat lantikan telah diserahkan oleh Sdr. Azhar Hambali pada mesyuarat tersebut. Tahniah KP Pandan... Tahniah Pemuda Pandan.
No comments:
Post a Comment